Main semula
Panduan pemain

Cara main aipetmon

Telur misteri aipetmon

Bela kucing atau anjing comel dari telur sampai dewasa dalam rumah kau sendiri. Jaga dia setiap hari, bawa dia ke Bandar, evolve dia bila sampai masa, dan kumpul Bintang. Senang je, jom tengok!

  • 24 jamtelur menetas
  • 6 baka3 kucing, 3 anjing
  • Percumatiada duit sebenar
  • Tak maticuma merajuk atau sakit
Langkah pertama

Mula dalam 3 langkah

Daftar sekejap je. Lepas tu terus dapat telur.

  1. Daftar akaun

    Pilih nama pengguna (3 hingga 20 huruf) dan kata laluan (sekurang-kurangnya 6). Emel tak wajib, tapi berguna untuk log masuk dan bila lupa kata laluan. Boleh juga masuk guna Google, Facebook atau TikTok.

  2. Pilih rumah kau

    Pilih konsep rumah: Klasik, Moden atau Tradisional Melayu. Lepas tu pilih warna: putih, beige, pink, kuning atau hitam. Nak tukar nanti? Pergi Settings, bahagian Rumah kau.

  3. Jaga telur misteri

    Kau terus dapat sebiji telur. Dia menetas 24 jam lepas kau ambil, pukul berapa pun. Cara kau jaga telur tentukan siapa yang keluar!

Konsep rumah

KlasikModenTradisional Melayu
  • Putih
  • Beige
  • Pink
  • Kuning
  • Hitam

Lakaran contoh sahaja. Rupa sebenar dalam game mungkin lain sikit.

Setiap hari

Rutin harian yang senang

Main 5 hingga 10 minit sehari pun dah cukup. Ikut bulatan ni:

Setiap hariulang esok1Buka gamestreak 7 hari +502Jaga si comel6 butang jagaan3Tugasan harian3 tugas sehari4Ke Bandarsekolah, taman5Kumpul Bintangbelanja di kedai

Tips pemain baru

  • Buka game setiap hari. Setiap hari ke-7 berturut-turut dapat 50 Bintang.
  • Tekan butang jagaan yang ada lencana +Bintang (Makan, Mandi, Gosok, Tidur, Borak, Main) dan siapkan 3 tugasan harian. Jangan lupa tekan tugasan yang siap untuk ambil Bintang.
  • Hari pertama lepas menetas, bawa ke Taman 1 jam (dapat 10 Bintang) dan Sekolah 1 jam.
  • Bila keluar Boleh evolve!, tekan, bayar Bintang dan tengok dia bertukar rupa.
  • Jangan tinggal dia lebih 2 hari, nanti dia merajuk.
Langkah 1

Telur: cara jaga tentukan siapa dia

Ada 5 butang jagaan telur. Setiap satu ada had sehari (penuh balik pukul 12 malam). Butang yang kau paling kerap tekan akan pilih kucing atau anjing, warna bulu dan perangai.

Telurmenetas dalam 24 jamPasukan kucingUsapPanaskanCakapPasukan anjingMain lambungNyanyi laguvsBayi kucingBayi anjingAnjing kena lebih banyak. Kalau seri, jadi kucing.

5 butang jagaan telur

Butang paling kerap pilih warna bulu dan perangai utama. Yang kedua jadi perangai kedua.

  • UsapKucingHad: 5 sehari

    Bulu: Krim lembutPerangai: Manja

  • PanaskanKucingHad: 3 sehari

    Bulu: Oren belangPerangai: Kuat makan

  • CakapKucingHad: 5 sehari

    Bulu: Kelabu belangPerangai: Nakal

  • Main lambungAnjingHad: 4 sehari

    Bulu: Perang keemasanPerangai: Nakal

  • Nyanyikan laguAnjingHad: 4 sehari

    Bulu: Krim gebuPerangai: Manja

Warna lain

Tekan semua butang sama rata, bulu jadi coklat. Jaga sangat sikit (bawah 4 kali), bulu jadi hitam dengan stoking atau tompok putih. Warna mata ikut warna bulu.

Jadi pemalu

Kalau telur dijaga kurang 6 kali, dia jadi Pemalu. Jadi rajin-rajinlah tekan!

Tanda pada telur

Lepas 12 jam, telinga kucing atau anjing muncul pada kulit telur, ikut cara kau jaga setakat itu. Tanda ni tak pernah menipu.

Masa menetas

Dia keluar sebagai bayi. Beri nama (1 hingga 16 huruf) atau biar dia kekal "Comot". 3 telur pertama beri 20 Bintang setiap satu.
Langkah 2

6 baka: siapa yang keluar?

Setiap telur dah ada baka tersembunyi sejak dia muncul. Baka biasa keluar separuh masa, dua baka istimewa masing-masing suku masa.

Kalau kucingPeluangKalau anjing
Kucing Kampung
Kucing Kampunglincah dan rajin
50%
Baka Campuran
Baka Campuranrajin dan tangkas
Parsi
Parsicantik dan manja
25%
Shih Tzu
Shih Tzupaling manja
Siam
Siampandai, mata biru
25%
Pomeranian
Pomeranianlaju dan berani

Baris yang sama = telur yang sama. Contoh: telur Parsi akan jadi Shih Tzu kalau kau jaga dia jadi anjing.

  • Cara jaga tak ubah peluang baka. Cara jaga cuma pilih kucing atau anjing, bulu dan perangai.
  • Nak baka lain? Minta telur baru (sehari sekali kalau beg ada tempat), beli di Pasar, atau ambil di Pusat Adopsi.
Kelebihan stat setiap baka
BakaKelebihan
Kucing KampungTangkas +6, rajin +4
ParsiCantik +10, manja +6, tangkas -6. Kulit lebih sensitif.
SiamPandai +8, garang +3, manja +3. Sentiasa krim bertompok gelap, mata biru.
Baka CampuranRajin +6, tangkas +3
Shih TzuManja +10, cantik +6, rajin -4
PomeranianTangkas +8, garang +4, selera +3
Langkah 3

Membesar ikut hari dijaga

Ada 5 peringkat: telur, bayi, anak, remaja dan dewasa. Haiwan membesar ikut hari dijaga, bukan ikut kalendar. Satu hari dijaga dikira bila kau jaga dia sekurang-kurangnya sekali hari itu (ikut tarikh Malaysia): mana-mana butang jagaan, usap, isi mangkuk atau beri makan.

+30+30+30Telur24 jam5 butangjagaanBayihari 1harimenetasAnak7 haridijagamasa bayiRemaja30 haridijagamasa anakDewasa30 haridijagamasa remaja
  • Hari menetas dikira hari dijaga pertama bayi. Hari dalam setiap peringkat dikira dari hari dia masuk peringkat itu. Aktiviti di Bandar (sekolah, taman, salon, klinik) tak dikira.
  • Evolve tak automatik. Bila hari dah cukup, keluar Dah boleh evolve! dengan bayang rupa baru yang masih rahsia. Pilih Evolve sekarang atau Nanti. Kalau pilih nanti, cip Boleh evolve! yang bercahaya tunggu atas butang jagaan.
  • Masa evolve, tengok video transformasi gaya Digimon: badan dia bercahaya, berpusing dan berkelip antara rupa lama dan baru, kilat putih, lepas tu rupa baru muncul dengan bunga api!
  • Evolve guna Bintang: jadi anak 50 Bintang, remaja 150 Bintang, dewasa 300 Bintang (jumlah 500 Bintang seekor). Evolve tak beri Bintang. Bintang tak cukup? Kumpul dulu, cip Boleh evolve! tetap menunggu.
  • Dia mesti ada di rumah untuk evolve. Kalau dia tengah di sekolah atau taman, tunggu dia balik dulu.
  • Bayi, remaja dan dewasa ada rupa sendiri untuk setiap baka dan warna bulu, dan badan dia makin besar setiap peringkat.
  • Snek, kek dan ais krim buat badan dia gebu. Main Tangkap Ikan buat dia lincah. Setiap hari badan perlahan-lahan kembali biasa. Ni cuma rupa, tak ubah stat.
7 stat haiwan dan cara naikkan

Setiap stat dari 0 hingga 100: separuh dari baka dan perangai, separuh lagi dari latihan. Stat tak masuk markah pertandingan (pertandingan guna markah bela).

StatCara naikkanGunanya
PandaiSekolah, berbualProfil haiwan
TangkasTaman, Tangkap Ikan, kibbleProfil haiwan
ManjaUsap, berbual, cebisan ayamProfil haiwan
GarangNaik bila lama merajuk, turun bila dijaga elokProfil haiwan
RajinTaman, sekolahProfil haiwan
SeleraSnek naikkan, makanan sihat turunkanTinggi = cepat lapar
CantikSalonProfil haiwan
Harian

Jaga di rumah

Si comel buat hal sendiri ikut jam Malaysia: makan, tidur, tengok TV, lepak tepi tingkap. Tugas kau, pastikan dia gembira.

Tekan barang dalam rumah untuk ajak dia

Rumah teres dua tingkat dengan bilik tidur, bilik air, ruang tamu dan dapur

Ini rumah Klasik. Konsep lain susun aturnya lain sikit.

  1. Katilbaring dan rehat, kalau penat terus tidur
  2. Tab mandimandi, sama macam butang Mandi
  3. Tingkaplepak tengok luar
  4. TVtengok TV, tekan lagi untuk tukar siaran
  5. Mangkukisi makan dan air, percuma
  6. Peti aisbuka senarai makanan
  7. Depan rumahlepak di tangga depan

Apa ada di paparan depan

  • Atas: kad nama dengan jam dan cuaca (tekan untuk tengok dia dekat-dekat), Bintang kau, butang Beg dan butang Menu. Beg (atau tekan Bintang) tunjuk semua barang kau: Bintang, makanan dan minuman, aksesori, hiasan rumah, pingat dan lencana. Boleh terus beri makanan, pakai aksesori atau pasang hiasan.
  • Menu: Berita, Kawan, Haiwan (beg kau), Diari, Pertandingan (ranking setiap kategori dan keseluruhan), Panduan, Settings, dan suis bahasa, mod cerah atau gelap, dan bunyi. Nombor merah pada butang Menu = berita, mesej atau permintaan kawan baru.
  • Bawah: simbol tugasan harian di kiri (tekan untuk buka, tekan lagi untuk kecilkan jadi ikon), butang Panggil, Kongsi, dan butang Bandar di kanan.
  • Paling bawah: bar 5 keperluan (tekan ikon i untuk tengok fungsi setiap bar) dan 6 butang jagaan. Lencana +2★ = Bintang setiap kali tekan; titik kecil di bawah nama = berapa kali lagi hari ni.

6 butang jagaan (dapat Bintang)

Makan

Dia terus pergi ke mangkuk makan (mangkuk kosong diisi percuma), kemudian senarai makanan dibuka. Isi mangkuk (percuma), atau beri makanan dari peti ais: 2 Bintang setiap kali, 3 kali sehari. Makanan berlainan jenis naikkan markah Beauty. Peti ais kosong? Beli di Kafe.

Mandi

Dia pergi ke tab mandi. 3 Bintang sekali sehari. Kadang-kadang dia lari! Cuba lagi sekejap lagi. Markah Beauty naik.

Gosok

Dia datang ke depan untuk digosok. 2 Bintang dua kali sehari. Bulu berkilat, markah Beauty naik. Masa dia merajuk, gosok terus pujuk dia.

Tidur

Dia pergi tidur. 3 Bintang sekali sehari bila dia mengantuk (tenaga bawah 70). Belum mengantuk? Dia baring atas katil sekejap (tiada Bintang). Markah Beauty naik.

Borak

Dia datang ke depan, dan kau boleh sembang dengan dia: 1 Bintang setiap mesej, 5 kali sehari. Kasih naik, dan dia makin pandai.

Main

Dia pergi ke permaidani untuk main bola, dan Tangkap Ikan 30 saat dibuka: 2 Bintang setiap main (sekurang-kurangnya 3 ikan), 3 kali sehari. Badan dia makin lincah.

Usap dan panggil

Tekan kad nama di atas untuk tengok dia dekat-dekat dan usap (kasih naik), atau tekan Panggil di bawah. Cubit (atau roda tetikus) untuk zoom sampai dia penuh skrin. Percuma, tiada Bintang.

Rumah kau hidup

  • Zum dan seret: cubit dengan dua jari (atau roda tetikus) untuk zum, seret untuk tengok sekeliling rumah. Tiada butang zum.
  • Orang lalu depan rumah: lebih kurang setiap 15 saat ada orang, kucing, anjing, motosikal, kereta atau basikal lalu. Kadang-kadang haiwan kawan kau singgah sapa! Bila hujan, kenderaan je yang lalu.
  • Reaksi depan pintu: bila dia lepak di tangga depan atau datang bila dipanggil, dia buat kombo animasi (lompat, pusing, golek), bunyi meow atau woof sebenar, dan emote setiap kali sesuatu lalu. Masa merajuk, dia buat tak tahu je.
  • Rumah yang hidup (tekan je): tekan mana-mana lampu = semua lampu nyala atau padam serentak, siang atau malam (padam waktu malam = rumah diterangi cahaya bulan). Tekan kipas siling = berputar, tekan lagi = berhenti. Tekan pokok atau pasu = bergoyang sekejap dan daun gugur (setiap pokok berasingan). Tekan rumah jiran di belakang = tingkap terbuka dan belon terbang ke langit. Tekan KLCC = lampu tingkap menari ikut lagu. Tekan Menara KL = menyala sekejap. Semua percuma, untuk suka-suka.

5 keperluan

  • Kenyang
  • Segar
  • Tenaga
  • Ceria
  • Kasih

Semua turun perlahan-lahan bila dia berjaga. Selagi mangkuk ada isi, dia makan dan minum sendiri. Bar ni **bukan markah** dan tak beri Bintang terus, tapi ia penting untuk pertandingan: bar rendah = lebih senang **sakit** (markah Kesihatan turun dan kena bayar Klinik), **Tenaga** rendah = penat dan tak nak ke Taman (markah Agility hilang), **Kasih** rendah = merajuk. Butang jagaan yang mengisi bar inilah yang beri Bintang.

Merajuk

Tinggal lebih 48 jam, dia merajuk dan duduk depan pintu. Pujuk dengan ketuk dia banyak kali sampai meter sayang penuh, gosok bulu, atau beri satu makanan dari peti ais. Kalau kau hilang lebih 24 jam, Mak Cik jiran tolong isi mangkuk.

Anak kucing kelabu sedang merajuk

Sakit

Kadang-kadang dia selsema, ada kutu, sakit perut atau demam. Kalau keperluan dia rendah, lagi senang sakit. Masa sakit tak boleh ke sekolah atau taman. Ubat: Klinik di Bandar 15 Bintang (semua penyakit), sup ayam di Kafe (selsema), mandi wangi di Salon (kutu). Cepat rawat = markah Kesihatan naik; dibiar sampai sembuh sendiri (3 hari) = markah turun.

Jangan risau

Haiwan dalam aipetmon tak pernah mati. Paling teruk dia merajuk atau sakit sekejap.
Duit game

Bintang: dari mana, untuk apa

Bintang satu-satunya duit dalam game. Tak boleh beli dengan duit sebenar dan tak boleh tukar jadi duit. Setiap cara dapat Bintang ada had sehari, jadi semua pemain bersaing adil.

Butang jagaan+1-3Taman 1 jam+10Sekolah 10 jam+40Tugasan+5Streak 7 hari+50Telur menetas+20Pencapaian+15-200Pertandingan+40-1000Cara dapatBintangGuna untukKafe6-18Salon8-30Klinik15Tiket taman5Yuran sekolah2/jamMall30-180Evolve50-300Pasar dan lelongbeli, bida
  • Pemain yang rajin boleh kumpul lebih kurang 75 Bintang sehari. Belanja biasa lebih kurang 40 Bintang sehari, bakinya untuk aksesori.
  • Percuma (tiada Bintang): isi mangkuk, usap, panggil, lawat dan usap haiwan kawan, tukar nama, minta telur baru, adopsi dan undi pertandingan.
Senarai penuh cara dapat Bintang

Had Bintang dikira setiap pemain, bukan setiap haiwan, jadi tukar haiwan tak gandakan Bintang. Had harian penuh balik pukul 12 malam (waktu Malaysia).

SumberBintangHad
Makan: beri makanan dari peti ais (di rumah atau di Kafe)2 Bintang3 kali sehari
Mandi3 BintangSekali sehari
Gosok bulu2 Bintang2 kali sehari
Tidur3 BintangSekali sehari (bila mengantuk)
Borak1 Bintang5 mesej sehari
Main Tangkap Ikan2 Bintang3 kali sehari (sekurang-kurangnya 3 ikan)
Taman10 BintangBila cukup 1 jam sehari
Sekolah 10 jam seminggu40 BintangSekali seminggu (Isnin hingga Ahad)
Tugasan harian5 Bintang3 sehari, +10 kalau siap semua
Streak harian50 BintangSetiap hari ke-7 berturut-turut
Telur menetas20 Bintang3 telur pertama
Pencapaian15-200 Bintang22 pencapaian, setiap satu sekali
Pertandingan bulanan40-1000 BintangIkut kedudukan (keseluruhan dan kategori)
Jual di PasarHarga tolak 10%Ikut syarat Pasar
Luar rumah

Jalan-jalan di Bandar

Tekan butang Bandar di bawah kanan paparan depan. Tekan kedai pada gambar untuk masuk (setiap bangunan ada nama di papan tanda), atau guna butang di bawahnya. Setiap tempat naikkan satu kategori pertandingan.

Deretan kedai Bandar: sekolah, kafe, salon, klinik, mall, pentas pertandingan dan taman
  1. SekolahMarkah Intelligent. Kelas 1, 2 atau 3 jam, yuran 2 Bintang sejam, buka 3 jam sehari setiap haiwan. Cukup 10 jam seminggu dapat 40 Bintang.
  2. KafeMakanan 6 Bintang hingga 18 Bintang, masuk peti ais. Boleh terus suap di sini: Beri kalau dah ada, Beli & beri kalau belum. Setiap suap 2 Bintang (3 kali sehari) dan naikkan Beauty.
  3. SalonMandi, gunting, spa: markah Beauty. 8 Bintang hingga 30 Bintang.
  4. KlinikBila sakit sahaja. 15 Bintang, terus sembuh. Cepat datang = markah Kesihatan naik.
  5. MallAksesori dan hiasan rumah, 30 Bintang hingga 180 Bintang. Nilai aksesori = markah Accessory. Boleh juga buka dari Beg (tekan Bintang kau di atas skrin, kemudian Mall).
  6. Pentas pertandinganRanking bulanan 5 kategori. Undi 7 hari terakhir setiap bulan. Sama dengan Pertandingan dalam Menu di paparan depan.
  7. TamanMarkah Agility. Tiket 5 Bintang, 1 jam, 2 kali sehari. Cukup 1 jam sehari dapat 10 Bintang.

Butang lain di Bandar

Pasar

Jual beli haiwan guna Bintang.

Pencapaian

Lencana dan ganjaran.

Profil aku

Pingat, bio dan streak.

Tugasan hari ni

Kad tugasan harian pun ada di sini.

Di Bandar, si comel berdiri depan kedai dan beri reaksi untuk setiap aktiviti. Di Taman, haiwan pemain lain berjalan-jalan dan bermain sesama sendiri. Tekan haiwan untuk tengok nama dia.

Taman permainan berumput dengan gelongsor, jongkang-jongket dan terowong

Taman

Tempat terbaik untuk markah Agility. Ceria dan kasih naik, tangkas dan rajin terlatih.

Bila dia keluar rumah

Ke sekolah atau taman, dia keluar sampai masa balik. Tak boleh pergi kalau dia merajuk, sakit, penat (tenaga bawah 30, taman bawah 20) atau lapar (kenyang bawah 25). Hasil dikutip bila dia balik.

Jadual penuh

Sekolah aipetmon

Satu sekolah untuk semua peringkat, bayi pun boleh. Pilih kelas 1, 2 atau 3 jam. Yuran 2 Bintang sejam. Sekolah buka 3 jam sehari setiap haiwan. Cukup 10 jam seminggu (Isnin hingga Ahad) dapat 40 Bintang, sekali seminggu. Tiada tahap dan tiada lulus.

KelasYuranLatihanMarkah Intelligent
1 jam2 BintangPandai +3, rajin +160
2 jam4 BintangPandai +6, rajin +2120
3 jam6 BintangPandai +9, rajin +3180
  • Setiap jam belajar latih pandai +3 dan rajin +1, dan dapat markah Intelligent 1 setiap minit.
  • Cukup 10 jam seminggu buka pencapaian Pelajar rajin 30 Bintang. Buat 8 kali, dapat Pelajar cemerlang 150 Bintang dan Pingat Emas.
Kafe

Makanan yang kau beli masuk peti ais. Beri guna butang Makan atau peti ais di rumah, atau terus suap di Kafe. Setiap kali beri dapat 2 Bintang (3 kali sehari, dikira sekali dengan di rumah). Makanan berlainan jenis naikkan Beauty (3 jenis sehari). Kesan stat dari makanan paling banyak 3 kali sehari setiap haiwan.

MakananHargaKesan
Ikan bilis rangup6 BintangSnek: kenyang, ceria, kasih
Susu suam8 BintangSnek: kenyang, ceria, kasih
Nasi ikan kembung10 BintangKenyang +40, sihat (selera turun)
Cebisan ayam12 BintangSnek, manja naik
Sup ayam suam12 BintangKenyang +30, segar +20, sembuhkan selsema
Kibble premium14 BintangKenyang +45, sihat, tangkas naik
Ais krim15 BintangCeria +20, segar +10
Kek cawan18 BintangCeria +25, kenyang +20, badan makin gebu
Salon dan Klinik

Terus siap. Setiap servis salon sekali sehari setiap haiwan. Markah Beauty: mandi wangi 2, gunting 4, spa 6.

ServisHargaKesan
Mandi wangi8 BintangSegar +35, cantik +1, buang kutu
Gunting dan sikat15 BintangCeria +8, cantik +3
Spa bulu berkilat30 BintangCeria +15, kasih +5, cantik +5
Klinik15 BintangBila sakit sahaja. Sembuh terus, semua penyakit. Dalam 12 jam: Kesihatan +5. Dalam 24 jam: +2.
Mall

Semua harga nampak sebelum beli, tiada kotak misteri. Setiap barang dibeli sekali sahaja dan terus dipakai atau dipasang di rumah. Tukar aksesori atau hiasan bila-bila masa di tab Gaya. Jumlah nilai aksesori kau = markah Accessory.

JenisContoh dan harga
Aksesori biasaReben merah 35 Bintang, Kolar loceng 40 Bintang, Bandana biru 45 Bintang, Topi parti 50 Bintang, Mahkota bunga 60 Bintang
Aksesori jarangSkaf belang 70 Bintang, Bunga raya 80 Bintang, Topi jerami 90 Bintang
Aksesori epikSongkok baldu 120 Bintang, Selendang batik 120 Bintang, Topi musim cuti 150 Bintang (Disember sahaja), Cekak bintang 160 Bintang, Tanjak songket 180 Bintang, Kalung mutiara 180 Bintang
LegendaMahkota Juara (3 teratas pertandingan) dan Pingat Emas (pencapaian Pelajar cemerlang). Tak boleh dibeli. Nilai Accessory 100.
Hiasan rumahPasu bunga 30 Bintang, Jalur Gemilang 40 Bintang, Pelita 50 Bintang, Tanglung merah 50 Bintang, Lampu kelip 60 Bintang dan 80 Bintang, Ketupat gantung 150 Bintang, Kolam Deepavali 150 Bintang
Pasar haiwan
  • Akaun mesti berumur 3 hari. Hanya haiwan dalam beg boleh dijual, bukan yang dalam rumah.
  • Harga 10 Bintang hingga 5000 Bintang. Paling banyak 2 jualan aktif, beli 2 dan jual 2 sehari.
  • Harga tetap: dipapar 7 hari. Penjual dapat harga tolak 10%.
  • Lelong: 24 atau 48 jam. Bida baru mesti lebih tinggi 5 Bintang atau 5%. Kalau orang lain bida lebih, Bintang kau dipulangkan terus.
  • Bila tukar tuan: stat, latihan, peringkat dan hari dijaga kekal. Aksesori ditanggalkan. Markah bela tak ikut (bermula baru dengan tuan baru).
Bulanan

Pertandingan 5 kategori

Setiap bulan, 7 hari terakhir. Haiwan dalam rumah kau ikut serta automatik, tiada daftar atau yuran. Pertandingan pertama: November 2026.

Sepanjang bulan sampai H6: kumpul markah bela
  1. H1Beauty
  2. H2Agility
  3. H3Intelligent
  4. H4Accessory
  5. H5Kesihatan
  6. H6Semua kategori
  7. H7Pemenang

Markah setiap kategori = 50% markah bela + 50% undian orang ramai (dibanding haiwan teratas). Keseluruhan = purata 5 kategori.

Hadiah

  1. Tempat 1 keseluruhan1000 Bintang + pingat Emas + Mahkota Juara
  2. Tempat 2 keseluruhan500 Bintang + pingat Perak + Mahkota Juara
  3. Tempat 3 keseluruhan300 Bintang + pingat Gangsa + Mahkota Juara
  4. Tempat 4 hingga 10100 Bintang + pingat 10 Teratas
  5. Juara setiap kategori100 Bintang + pingat juara (nombor 2 60 Bintang, nombor 3 40 Bintang)
  • Siapa masuk: haiwan dalam rumah yang dah menetas dan ada markah bela bulan tu. Akaun mesti berdaftar dan berumur 3 hari. Haiwan dalam beg tak dikira.
  • H1 hingga H5: undi kategori hari itu sahaja. H6: hari terakhir, undi semua kategori, markah bela dan undian dikemas kini kali terakhir. H7: pemenang diumumkan dan hadiah masuk terus.
  • Undi tanpa log masuk: sekali sehari untuk setiap haiwan dalam setiap kategori, sampai 20 undi sehari setiap pengundi. Tak boleh undi haiwan sendiri. Tekan Kongsi di ranking untuk minta kawan undi haiwan kau.
  • Markah bela bermula semula pada H7 setiap bulan, kecuali Accessory (ikut aksesori yang kau ada).
  • 3 teratas keseluruhan dapat pingat kekal dan Mahkota Juara (barang legenda). Pingat 10 Teratas dan pingat juara kategori kekal 30 hari. Markah 0 tiada hadiah.
  • Tengok ranking guna Pertandingan dalam Menu atau Pentas pertandingan di Bandar. Kedudukan dikemas kini setiap 15 minit. Undi yang pelik boleh dibuang oleh admin.
  • Ada juga pertandingan tahunan, berasingan dari yang bulanan. Akan datang, tunggu kejutan!
Cara dapat markah bela setiap kategori

Markah bela berasingan dari Bintang dan dikira untuk setiap haiwan (Accessory ikut semua aksesori kau).

KategoriCara dapat markah
BeautySalon: mandi wangi 2, gunting 4, spa 6. Makanan Kafe berlainan jenis: 1 setiap jenis (3 jenis sehari). Di rumah: mandi 2 (sekali sehari), gosok 1 (2 kali sehari), tidur 1 (sekali sehari).
Agility1 markah setiap minit di Taman. Satu lawatan 60 minit, 2 lawatan sehari.
Intelligent1 markah setiap minit di Sekolah, sampai 180 sehari.
AccessoryJumlah harga aksesori yang kau ada (setiap satu dikira sekali). Barang legenda bernilai 100. Tak bermula semula setiap bulan.
Kesihatan+3 setiap hari dijaga dalam keadaan sihat. Bila sakit: rawat di Klinik (atau mandi wangi untuk kutu) dalam 12 jam +5, dalam 24 jam +2. Setiap hari penuh sakit -4. Dibiar sembuh sendiri (3 hari) -12.
Harian

Tugasan harian dan streak

Setiap hari kau dapat 3 tugasan, satu dari setiap kumpulan. Tugasan lain-lain untuk setiap pemain. Bila siap, tekan untuk ambil Bintang. Siap semua dapat bonus 10 Bintang. Tugasan ada di simbol bawah kiri paparan depan (titik merah = ada Bintang untuk diambil) dan dalam Bandar.

Di rumah5 Bintang

  • Usap 5 kali
  • Isi mangkuk 2 kali
  • Berbual 3 kali
  • Beri makanan

Aktiviti5 Bintang

  • Main Tangkap Ikan
  • Bawa ke taman
  • Usap haiwan kawan

Di Bandar5 Bintang

  • Hantar ke kelas
  • Bawa ke salon
  • Beli di kafe

Streak 7 hari

Buka game setiap hari. Terlepas sehari, kira semula dari 1. Setiap hari ke-7 (7, 14, 21 dan seterusnya) dapat 50 Bintang.

Pencapaian

Ada 22 pencapaian, jumlah 1355 Bintang. Contoh: tetaskan telur pertama 20 Bintang, 100 usap 30 Bintang, streak 30 hari 200 Bintang, menang nombor 1 pertandingan bulanan 200 Bintang. Untuk membesar: Mula membesar (evolve sekali) dan Dah besar panjang (besarkan sampai dewasa), lencana sahaja tanpa Bintang. Untuk sekolah: Pelajar rajin (belajar 10 jam seminggu) 30 Bintang dan Pelajar cemerlang (10 jam seminggu sebanyak 8 kali) 150 Bintang + Pingat Emas. Tengok semua di Bandar, butang Pencapaian.
Sosial

Kawan, lawatan dan kongsi

Main lagi best dengan kawan. Tekan Kawan di paparan depan.

Cari dan tambah

Taip nama pengguna kawan atau tampal link rumah dia, lepas tu tekan Tambah. Ada juga senarai Cadangan kawan. Sampai 200 kawan.

Permintaan kawan

Bila orang tambah kau, dia masuk senarai permintaan. Tekan Terima untuk jadi kawan, atau Abaikan. Bila dua-dua saling tambah, korang jadi kawan dan nampak siapa online.

Chat

Hanya dengan kawan yang saling tambah. Frasa dan stiker untuk semua; tulis bebas bila dua-dua 13 tahun ke atas. Nombor telefon, link dan nama media sosial disekat automatik.

Lawat rumah

Tekan Lawat atau buka link rumah dia. Usap haiwan dia sejam sekali setiap rumah (percuma, kira untuk tugasan). Hantar hadiah snek dari peti ais kau dengan stiker, 3 sehari.

Rumah peribadi

Hidupkan dalam menu Kawan supaya hanya kawan dalam senarai kau boleh datang. Orang lain nampak "Rumah peribadi" je.

Buang, sekat dan lapor

Boleh buang kawan dari senarai bila-bila masa. Ada orang kacau? Sekat dia, atau lapor kata kasar, buli dan spam dalam chat.

Kongsi si comel

  • Tekan Kongsi di paparan depan. Pilih Story (9:16) atau Post (1:1), dan kad gambar aktiviti dia sekarang terus siap.
  • Kongsi gambar terus ke app dalam telefon (WhatsApp, Instagram, TikTok, Facebook), atau Simpan gambar.
  • Kongsi link rumah ke WhatsApp, Facebook, X, Telegram atau Threads, atau salin link. Link rumah keluar dengan gambar pratonton haiwan kau.
  • Rumah peribadi? Kad dan link cuma ajak orang main aipetmon, bukan masuk rumah kau.
Ramai haiwan

Beg, telur baru dan adopsi

Kau boleh bela sampai 3 haiwan, tapi hanya seekor tinggal dalam rumah. Tekan butang Haiwan di paparan depan.

  • Paling banyak 3 haiwan seorang, termasuk telur, haiwan di Pusat Adopsi dan yang tengah dijual.
  • Haiwan dalam beg berhenti masa: tak lapar, tak membesar, tak merajuk, dan tak masuk pertandingan. Tukar bila-bila masa (kecuali masa dia keluar rumah).
  • Minta telur baru: sehari sekali, kalau tiada telur lain dan beg ada tempat. Telur boleh dijaga di sarang serentak dengan haiwan dalam rumah.
  • Pusat Adopsi (percuma): beri haiwan dari beg kepada orang lain, atau ambil satu sehari (akaun berumur 3 hari).
  • Had harian sekolah, taman dan salon dikira setiap haiwan, tapi Bintang dihadkan setiap pemain.
Akaun

Akaun, Settings dan bantuan

Simpan akaun supaya haiwan kau selamat dan boleh dibuka dari telefon lain. Semua tetapan ada dalam Settings di paparan depan.

  • Nama pengguna: 3 hingga 20 aksara (huruf, nombor, titik, garis bawah). Boleh tukar di Settings, tapi link rumah lama tak boleh guna lagi.
  • Kata laluan: sekurang-kurangnya 6 aksara. Boleh tukar di Settings.
  • Emel: tak wajib. Emel untuk log masuk dan lupa kata laluan. Kena sahkan dulu, dan orang lain tak nampak.
  • Akaun media sosial: sambung Google, Facebook atau TikTok untuk log masuk sekali tekan.
  • Settings lain: tukar konsep dan warna rumah, mod cerah, bunyi dan kuat perlahan bunyi, notifikasi, log keluar dan padam akaun.
  • Bahasa: buka Menu di atas skrin dan tekan BM / EN untuk tukar bahasa.

Bantuan: hantar laporan

Jumpa bug, nampak sesuatu salah, atau ada idea? Pergi Settings, bahagian Bantuan, tekan Hantar laporan. Pilih jenis (cadangan, ralat atau bug), tulis sekurang-kurangnya 5 huruf, dan laporan terus sampai kepada admin. Paling banyak 10 laporan sehari. Kau boleh tengok status laporan kau: dihantar, dibaca admin atau selesai.

Akaun baru kena tunggu 3 hari untuk:

  • Hantar hadiah
  • Pasar (jual, beli, bida)
  • Ambil dari Pusat Adopsi
  • Masuk pertandingan

Ni untuk elak akaun palsu dan spam.

Dunia game

Benda best lain

Dunia aipetmon ikut Malaysia sebenar.

Cuaca sebenar

Ikut ramalan MET Malaysia: cerah, mendung, hujan, ribut, jerebu. Bila hujan, dia suka lepak tepi tingkap dan tak nak keluar ke tangga depan.

Siang dan malam

Ikut jam Malaysia. Dia banyak tidur pukul 11 malam hingga 6 pagi, dan suka tidur tengah hari.

Musim perayaan

Raya, Deepavali, Tahun Baru Cina, Krismas, Merdeka dan lain-lain: hiasan rumah percuma dan ucapan khas. Ada bunga api masa Tahun Baru dan Merdeka!

Diari

Si comel tulis diari selepas pukul 10 malam. Baca esoknya guna ikon Diari. 14 diari terakhir disimpan.

Notifikasi telefon

Hidupkan sekali tekan bila kad notifikasi muncul, atau di Settings. Kami bagitahu bila mangkuk makanan hampir habis atau kosong, bila dia lapar sangat atau dahaga, telur nak menetas, boleh evolve dan diari siap. Paling banyak 3 sehari, senyap pukul 10:30 malam hingga 8 pagi.

Pasang app

Tekan Pasang sekarang bila kad muncul (Android, Chrome, Edge) atau di Settings. Di iPhone: tekan butang Kongsi dalam Safari, pilih Tambah ke Skrin Utama, buka aipetmon dari ikon baru, kemudian hidupkan notifikasi.

Berita

Butang Berita dalam Menu di atas skrin: pengumuman dari pasukan aipetmon (kemas kini, acara, berita penting). Titik merah = ada berita baru.

Dua bahasa

Game ada Bahasa Melayu dan English. Tukar bila-bila masa.

Soalan

Soalan lazim

Kena bayar ke?

Tak. aipetmon percuma. Bintang tak boleh dibeli dengan duit sebenar.

Haiwan boleh mati ke?

Tak pernah. Kalau lama tak jaga, dia cuma merajuk. Ketuk dia sampai meter sayang penuh, gosok bulu atau beri satu makanan, okay balik.

Boleh pilih baka?

Tak terus. Baka dah tersembunyi dalam telur. Tapi kau pilih kucing atau anjing, bulu dan perangai melalui cara jaga.

Boleh main dari telefon lain?

Boleh. Log masuk dengan akaun yang sama, haiwan kau ikut sekali.

Lupa buka game seminggu?

Dia merajuk dan tunggu depan pintu, tapi dia selamat. Mak Cik jiran tolong isi mangkuk bila kau hilang lebih 24 jam.

Kenapa dia tak membesar?

Evolve tak automatik. Bila hari dijaga dah cukup, tekan cip Boleh evolve! dan pilih Evolve sekarang. Pastikan dia ada di rumah, bukan di sekolah atau taman.

Kenapa usap tak dapat Bintang?

Usap, isi mangkuk dan lawat kawan memang percuma, tiada Bintang. Bintang datang dari 6 butang jagaan (tengok lencana +Bintang), taman, sekolah, tugasan, streak, pencapaian dan pertandingan. Setiap satu ada had sehari.

Macam mana nak menang pertandingan?

Kumpul markah bela sepanjang bulan (salon, makanan Kafe, taman, sekolah, aksesori, jaga kesihatan), lepas tu kongsi link haiwan kau supaya orang undi dalam 7 hari terakhir bulan. Markah = 50% markah bela + 50% undian.

Jumpa bug atau ada cadangan?

Pergi Settings, bahagian Bantuan, tekan Hantar laporan. Terus sampai kepada admin.