Terma Penggunaan
Dikemas kini 8 Oktober 2026
Dengan menggunakan aipetmon (versi beta), kau bersetuju dengan terma di bawah.
Perkhidmatan beta
aipetmon masih dalam pembinaan. Ciri, nombor permainan dan rupa boleh berubah. Perkhidmatan disediakan seadanya.
Akaun
- Daftar akaun (nama pengguna dan kata laluan) diperlukan sebelum bermain. Haiwan kau terikat pada akaun itu.
- Kau boleh daftar dengan nama pengguna dan kata laluan, atau log masuk dengan Google, Facebook atau TikTok bila tersedia. Satu akaun untuk seorang.
- Jaga kata laluan kau. Tambah emel yang disahkan di Settings supaya kata laluan boleh diset semula kalau terlupa.
- Akaun tetamu lama terikat pada browser. Kalau data browser dipadam sebelum akaun disimpan, haiwan boleh hilang.
Bintang dan barang maya
- aipetmon tidak menjual apa-apa dengan wang sebenar. Semua barang dibeli dengan Bintang, mata wang permainan yang diperoleh dengan bermain.
- Bintang tiada nilai tunai dan tidak boleh ditukar kepada wang. Bintang hanya berpindah antara pemain melalui Pasar haiwan dalam permainan (yuran 10%).
- Dilarang menjual atau membeli Bintang, haiwan atau akaun dengan wang sebenar di luar permainan. Akaun yang terlibat boleh digantung dan Bintang dilaraskan.
- Barang maya (makanan, aksesori, hiasan) dan haiwan hanya untuk digunakan dalam permainan.
- Kami boleh melaraskan Bintang, barang atau haiwan yang diperoleh melalui ralat sistem atau penyalahgunaan.
- Kalau kau padam akaun, baki Bintang, barang maya dan haiwan hangus dan tidak boleh dipulangkan. Bidaan lelong yang belum tamat dipulangkan dulu.
Chat, profil dan pertandingan
- Chat hanya antara kawan yang saling tambah. Bawah 13 tahun (atau umur belum dinyatakan) guna frasa dan stiker sahaja.
- Jangan kongsi nombor telefon, alamat, emel atau akaun media sosial. Mesej yang mengandungi maklumat ni atau kata kesat ditolak.
- Kau boleh sekat dan lapor sesiapa. Admin akan semak laporan dan boleh menggantung akaun yang membuli atau mengganggu.
- Pertandingan bulanan: undian terbuka kepada orang ramai, satu undian setiap peserta sehari. Undian yang meragukan boleh dibatalkan dan peserta yang menipu boleh dibatalkan penyertaannya. Keputusan admin adalah muktamad.
Tingkah laku
Dilarang menggunakan bot, skrip, eksploit, atau cara lain untuk mendapat Bintang secara tidak adil, dan dilarang mengganggu pemain lain. Akaun yang melanggar boleh digantung.
Borak dengan kucing
Balasan kucing dijana oleh AI atau templat untuk hiburan sahaja, dan bukan nasihat profesional. Kalau kau dalam kesusahan, hubungi orang yang kau percaya atau Befrienders KL 03-7627 2929.
Had liabiliti
Setakat yang dibenarkan undang-undang, kami tidak bertanggungjawab atas kehilangan data permainan atau gangguan perkhidmatan semasa fasa beta.
Undang-undang
Terma ini tertakluk kepada undang-undang Malaysia.